
Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya, Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal.[Al-furqan:74-76]
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).[Ali imran:200]
Allah never forget His promises..Thank You Allah.
Wednesday, 30 September 2009
sabar itu sinaran
Monday, 21 September 2009
Ada apa pada Syawal jika Ramadhan tidak dihargai.
Salam buat semua..
Bismillah ar Rahman ar Rahim.
Alhamdulilah buat semua umat Islam kerana sudah selesai menunaikan ibadah puasa selama sebulan..Semoga kita sentiasa menghargai detik-detik, ujian-ujian dah segala rahmat dan berkat yang terkandung dalam bulan Ramadhan.Selesainya Ramadhan sebenarnya membuatkan saya bertambah takut.Banyak perkara yang saya telah lalai.Kadang-kadang susah untuk mengawal diri dari segala bisikan-bisikan syaitan.Astaghfirullah hal Azheem..Mohon sahabat semua ingatkan saya jika saya teralpa.
Raya tahun ini lain sedikit dari yang lain.Tak ada baju baru,itu yang paling ketara buat saya.Selama ini setiap tahun itu yang akan ditunggu-tunggu.Tapi tahun ini saya rasa saya tak perlukan baju baru.Banyak hal yang perlu dipertimbangkan,dan mempunyai baju baru bukan salah satu dalam pertimbangan saya.Beberapa bulan yang lepas,ada saya tempah baju kurung dari seorang kawan di Indonesia tapi ada beberapa masalah jadi baju itu tak sampai.Jadi, mungkin bukan rezeki saya dan saya redha.Buat apa saya nak berhias-hias di sini sedangkan umat Islam masih banyak yang tertindas?Buat apa saya nak kisah baju ada ke tak ada sedangkan wanita-wanita Islam dicabuli kemuliaan mereka di tanah air mereka sendiri?Jadi saya rasa cukuplah bagi saya apa yang saya ada.Tak mampu saya nak menjawab pada Allah nanti.
Dua tiga hari yang lepas atas izin Allah, saya tengok berita.Sebelum ni dan selama saya di bumi England, tak pernah saya nak tengok berita.Maksud saya berita di tanah air sendiri.Betapa jahilnya saya..tak tahu langsung perkembangan dunia yang berlaku lebih-lebih lagi di tanah air sendiri.Sayu melihat bagaimana umat Islam menyambut kedatangan syawal di serata dunia.Tapi ada kebahagiaan pada muka para ibu:D..Teringat dulu kata-kata ustaz semasa di Form 2..'Awal-awal bulan puasa masjid semua hampir penuh tapi bila dah akhir ramadhan semuanya memenuhi shopping complex'..Tapi memang benar..Itulah yang saya nampak.Tapi buat kami di sini semua itu langsung tak terasa.Bagi diri saya, tak patut saya meraikan Syawal kali ini kerana rasanya belum cukup ilmu dan segala isinya saya kutip.
Hari ini, saya bersama dengan sahabat-sahabat saya akan bertolak ke Bumi Constantinople.hajat nak ke sana dah lama terpendam dan atas izin Allah.Jadi, bila terdengar tentang banjir besar di Istanbul,saya optimis.Saya tahu Allah takkan hampakan saya dan kawan-kawan.Mungkin ada rahmatnya setelah 80tahun tidak ada banjir di Istanbul.Bagi saya, percutian kali ini harapnya akan membawa satu perubahan pada diri saya.Harapnya lebih tenang dan tenteram,dapat bermuhasabah dengan sebaiknya,dan dapat melihat bumi yang sepatutnya jadi milik kita,milik Islam.Supaya kami semua menjadi seorang yang lebih yakin,berfikir dan mengerti kenapa kami diciptakan.InsyaAllah.
Doakan saya di sini.Love you all fillah.
Taqabal Allahu minna wa minkum.
Monday, 14 September 2009
siapa kita sebenarnya?
“Kamu (umat Islam) adalah UMAT TERBAIK yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma’aruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah . Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakkan mereka adalah orang-orang yang fasik” – 3:110
tapi realitinya..
KITA SEBENARNYA..
lebih gembira menyambut 1hb. Januari daripada 1 Muharram.
KITA SEBENARNYA..
lebih tahu apa itu 14 Februari (valentine’s day ) daripada 12 Rabiulawal.
KITA SEBENARNYA..
lebih membesarkan hari Sabtu (hari kebesaran yahudi) dan Ahad (hari kebesaran nasrani) daripada hari Jumaat.
KITA SEBENARNYA..
lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar azan.
KITA SEBENARNYA..
lebih suka lepak, tidur, tengok tv daripada sembahyang & isikan masa hadir ilmu agama.
KITA SEBENARNYA..
lebih tahu nama artis-artis kita daripada nama-nama pujian asma ul husna.
KITA SEBENARNYA..
lebih suka menyebut hello atau hai … daripada ucapan … Assalamualaikum.
KITA SEBENARNYA..
lebih suka menyanyi daripada berzikir atau bertasbih.
KITA SEBENARNYA..
lebih suka menerima (hadiah) daripada memberi…
KITA SEBENARNYA..
lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri.
KITA SEBENARNYA..
lebih suka membaca majalah harian daripada buku-buku agama dan Al-Quran.
KITA SEBENARNYA..
lebih suka pergi ke konsert atau bershopping daripada ceramah agama.
KITA SEBENARNYA…
lebih suka memaki, mengumpat orang daripada mendoakan dan menasihati mereka.
KITA SEBENARNYA..
lebih suka mencarut daripada menyebut …MasyaAllah…
KITA SEBENARNYA..
lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikan.
KITA SEBENARNYA..
lebih suka mengenakan pakaian yang memuaskan nafsu kita dan nafsu orang lain, dan takut untuk dilabel sebagai “asing”…
KITA SEBENARNYA..
lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita.
KITA SEBENARNYA…
lebih suka beralasan “belum sampai seruan”, “I’m not ‘there’ yet”, “belum terbuka hati”, daripada beralasan “bagaimana kalau ESOK AKU MATI? Sempat ke nak taubat?”
KITA SEBENARNYA..
lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat. Tapi, bila ada orang tanya arah tujuan kita,..kita lebih suka menjawab… mind your own business…!
KITA SEBENARNYA…
lebih suka angankan menuju ke syurga daripada neraka..
tapiiii…kita nak masuk syurga.. layakkah kita menjadi calon pilihan ke-syurga milik Allah s.w.t??
sumber:forwarded email
Sunday, 13 September 2009
kerana kami hambaNya
Bismillah..
Sengaja malam ni tak pergi join terawih sebab nak bersendirian..
Tapi badan ni pun letih sebab kerja tak berhenti..
Bulan ramadhan kali ni rasa macam tak tahu nak berterima kasih pada Allah.
Macam-macam Allah bagi sampai hati ni rasa macam nak terkeluar...rasa mengembang pun ada jugak.
Tapi Ya Allah, kalau aku tahu ini yang Kau nak bagi pada Kami,dah lama aku berdoa untuk ramadhan ini.Dah lama aku minta untuk dipercepatkan suasana ini..
Dah berapa lama ketinggalan ayat-ayat suci Al-Quran,tapi ramadhan ni setiap waktu sahabat-sahabat saya bersama dengan ayat-ayat cinta dariNya.
Walaupun muka nampak keletihan,semuanya semangat yang luar biasa apabila waktu tadarus..bertadabur tak payah cakap la..sampai ke Asar..5jam mengamati ayat-ayat Allah..
Di dalam hati, Allah saja yang tahu.
Ramadhan kali ini benar-benar rasa terisi.Rasa tak cukup tidur pun ada tapi alhamdulilah semuanya dapat berjalan dengan sempurna.Bermula pukul 8 pagi hingga 3-4 pagi,ada bilik-bilik yang masih cerah lampunya..barangkali waktu mereka dengan Allah.Tapi inilah waktunya kita sebenarnya dengan Allah.Allah menunggu kita pada waktu malam tapi alangkah ruginya kalau kita..tidur!
Para salafussoleh menunjukkan contoh yang sangat hebat dalam menjadikan qiamullail sebagai sesuatu yang sangat penting bagi diri kita.
Dirar al-Sadai'e mensifatkan Saidina Ali r.a ketika bangun qiam dengan mengatakan:
"Aku bersaksi bahawa aku telah melihatnya duduk di mehrabnya sambil menangis hingga basah janggutnya; bergelisah dengan kegelisahan yang sejahtera; menangis dengan tangisan penuh dukacita, beliau telah berkata: "wahai dunia, perdayailah orang lain selain dari diriku, kepadaku aku menolak atau aku pisahkan sejauh-jauhnya. Sesungguhnya kamu telah memaparkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan kembali semula: Usiamu yang pendek, hisabmu yang payah lagi suka dan bahaya kamu yang menghinakan, duhai! diri yang sedikit bekalan - sedang pelayaran masih jauh dan sukar...."
Berkata Muhammad bin Al-Munkadir r.a:
"Tidak ada lagi kelazatan yang lain di dunia ini melainkan tiga perkara: Sembahyang malam, bertemu para sahabat dan sembahyang berjemaah."
Kalau sahabat-sahabat yang beriman dan beramal hebat pun risau dengan amalan mereka, bersungguh-sungguh menangisi dan memohon ampunan...bagaimana pula dengan kita? Iman mungkin lebih tipis dari kulit bawang, amal pula tak seberapa...tapi, malas juga? Jadi taknak malas-malas ye sahabat saya.Kita nak syurga kan?
Jadi pada ramadhan kali inilah untuk kita check balik amalan kita..InsyaAllah inilah waktunya untuk kita tunjukkan pada Allah..Dan untuk Allah boast to His angels 'inilah hambaKu'..Arghh ramadhan janganlah berlalu..Rindu kami di sini masih belum habis untukMU.
Anyway,saya tahu saya antara yang paling jarang bersama dengan sahabat-sahabat saya kerana kerja yang mengambil masa dari pagi hingga ke selepas zuhur.Kadang-kadang sempat juga menyelit dalam tadarus.Tapi memang banyak pun tak sempat.Tapi masa yang saya ada bersama sahabat-sahabat saya,saya gunakan sebaik mungkin.insyaAllah setakat yang saya mampu.Meneliti diri mereka,bagaimana hebatnya Kuasa Allah pada mereka..
Ada sahabatku mengadu lututnya sakit,tapi aku tahu sakit lututnya kerana solatnya yang tak henti-henti meminta pengampunan.
Ada sahabatku yang terkesan sewaktu tazkirah,aku tahu Allah dah sentuh hatinya.
Ada sahabatku yang bengkak matanya,aku tahu dia menangis memohon taubatnya diterima.
Ada sahabatku yang susut badannya,aku tahu kerana fikirannya memikirkan orang-orang Islam yang kurang bernasib baik.
Ada sahabatku yang hilang suaranya Ya Allah kerana setiap waktunya hanya berzikir padaMu.
Ya Allah,permudahkan ibadah-ibadah sahabat-sahabatku,lindungilah mereka sekiranya aku tidak mampu untuk menjaga mereka untukMu.
...dari perkampungan Marjon,Plymouth.
