Monday, 31 August 2009

university of tarbiyah.




I know that the place where I now stand, where I live my life, is my path in life, so I am not lost

I know that what happened to me was written as my destiny and no one can change it and I don’t want to, because it has made me who I am

I know that what I fear is from the unknown and belongs to Allah, so I have to trust in Him – not in myself – so I should not fear

I know that the people in my life were sent to me and if some are taken away I have to let them go, trusting in Allah that He will send another

I know Allah loves me for I feel His mercy, forgiveness and compassion all around me – so I have to love myself

I know that barakah(berkat) is peace and that ease exists within the difficulty so I shouldn’t resist hardship but embrace it looking for the joy and allow myself to feel it

I know that everything changes even myself, so I have to be open to transform and evolve – knowing that everything from Allah is good even if we don’t always see it

I know I am part of all that exists because I feel the affect of life around me and because when I’m sincere and determined, the universe moves to make room for me

p/s:Ya Allah selamatkanlah saudara-saudaraku di mana saja mereka berada.

Sunday, 30 August 2009

12:53

Islam itu indah, dan cintaku kepada Islam semakin menjadi-jadi dan jalan ini ialah atas pilihanku…
maka wahai pemilik hatiku setelah Allah dan RasulNya, jika kamu bersedia menemaniku bersama-sama, carilah diriku di sana…pada Islam

Amira
1028am


Semoga Allah swt sentiasa berikan yang terbaik buatku.

Sunday, 23 August 2009

Ramadhan2009.

Ya Allah , jadikanlah setiap langkahku sebagai satu jalan menghampiri untuk menuju kepada redhaMu dan rahmatMu, jadikan jatuhnya setiap titik peluhku buat penghapus dosa-dosaku yang lalu agar bisa aku perbaiki kelemahan yang sangat ketara, dan jadikan setiap zikirku untuk menghapus segala noda-noda hitam di hatiku, agar bisa aku penuhinya dengan cintaku kepadaMu dan agamaMu.Cukup Engkau menjadi saksiku… Engkau Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Mengawasi… Ameen ya Rabb…

Daripada Anas Bin Malik, katanya, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menghadiri majlis ilmu pada Ramadan, Allah mencatat setiap langkahnya menyamai ibadat setahun dan dia bersamaku (Rasulullah) di bawah Arasy.


Ya Allah , jika ini memang sesuatu yang Engkau telah tetapkan untuk hambaMu ini, izinkanlah aku menikmatinya ya Allah .

Tuntuni hati ini agar aku bisa belajar erti sabar dan redha dengan setiap ketentuanMu.

Pimpinlah hati ini agar aku bisa memahami erti “kekuatan bersamaMu”.

Pujukkan hati ini agar aku bisa merasai indahnya tawakkal kepadaMu.

Tenangkan hati ini agar aku bisa tersenyum merasai manisnya ujianMu yang diselimuti oleh cintaMu.

Mungkin hati ini lalai dari mengingatiMu,

mungkin hati ini kering dari berzikir kepadaMu,

mungkin hati ini leka dengan keindahan dunia dan perhiasannya,

mungkin hati ini terlelap seketika dengan kasih sayang dari hambaMu,

mungkin hati ini rindu untuk merasai kemanisan iman.

Engkau Yang Maha Mengetahui segalanya…

Segala puji hanya bagiMu ya Allah .

Alhamdulillah di atas segala nikmat ujian

Dari Anas r.a., Rasulullah saw bersabda;

“Ada tiga perkara, barang siapa terdapat di dalam dirinya ketiga perkara itu, maka ia pasti mendapatkan manisnya iman, iaitu: Allah dan RasulNya lebih ia cintai dari pada yang lain, mencintai seseorang tiada lain hanya kerana Allah , benci (tidak mahu kembali) kepada kekafiran setelah ia diselamatkan oleh Allah darinya, sebagaimana ia benci kalau dicampakkan kedalam api”. [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya.” Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : “Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat.” Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. “Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang”. serta “Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan”


InsyaAllah saya akan ke Andalusia buat kali kedua untuk menikmati bumi Allah sekali lagi.Doakan kami selamat sampai dan pulang.Salam Ramadhan buat kawan-kawan di Malaysia,New Zealand dan Australia dan di mana-mana saja korang berada.Saya sangat sayang korang semua.InsyaAllah korang semua sentiasa menjadi teman saya di dunia dan akhirat.Mohon ampun dan maaf.Salam beribadah.


Ali Imran:8

Amira Abd Rahman.
Marjon 08/09

Thursday, 20 August 2009

Jika ini yang Kau tetapkan,izinkan aku menikmatinya Ya Allah.

Kerana manisnya gula, semut sanggup menjadi hamba kepada nafsu, terikut semahunya walaupun akar beracun bersalut madu. Kerana manisnya gula, semut sanggup meninggalkan busut di mana sarang yang kehidupannya tenang untuk mencari kemanisan sementara. Walaupun beracun, terkejar-kejar semut oleh kemanisan rasa dan cinta yang tidak berkesudahan. Kata semut kepada gula, "Aku sanggup mengurungimu selagi kau menyimpan manismu" Kata gula kepada setia semut, "Kematian kau kerana haloba tergoda oleh kemanisan sementara"


Ada sesetengah perkara yang memang kita mahu. Mahu yang amat. Kita minta pada Allah, agar berikan. Minta dan minta, kemudian tunggu. Tunggu, dalam keadaan kita sudahpun berbuat apa yang dirasakan yang terbaik untuk mendapatkannya. Kemudian kita minta dan minta lagi, sambil tunggu.

Tunggu.
Tunggu lagi.
Dan tunggu lagi dan lagi.
Kemudian kita tak dapat apa-apa pun.
Kosong.
Kemudian kita menangis.


Kita sedih sangat. Terutama sekali bila tengok orang lain dapat, tapi kita tak dapat. Kita mula menyalahkan diri, bersedih-sedih kerana memikirkan kenapalah kita tak dapat apa yang kita mahu. Sangka kita, mungkin itulah namanya takdir. Bukan rezeki. Perkara itu mungkin bukan dicipta untuk jadi milik kita.

Lepas beberapa ketika kita mula terlupakan apa yang pernah kita minta dulu. Kita teruskan hidup macam biasa. Cuma yang bezanya, kita dah tak ingat lagi permintaan kita dulu tuh. Kita bahagia melupakannya.


Tiba-tiba.
Tanpa disangka.
Kita terasa nak perkara lain pulak.

Err...

Dunia.
Takkan pernah mampu menghilangkan dahaga nafsu.
Tak cukup dengan apa yang ada.
Takkan pernah cukup, yang pastinya.
Apa sebenarnya yang kita mahukan?
Semua!

Dan kadang-kadang pula, kita dapat apa yang kita mahukan,tanpa ada apa-apa tanggungjawab.Dengan mudah kita dapat. Kita rasa kita dah berusaha, dan Tuhan menghadiahi kita dengan apa yang kita mahukan. Wah, gembiranya kita. Begitu gembira, hingga merasakan diri bertuah jika dibandingkan dengan orang lain. Kita bertuah kerana Allah mengurniakan limpahan rahmah nikmat-Nya.


Tapi kita terlupa.
Kadang-kadang apa yang kita tak dapat,
Itulah sebenarnya nikmat.
Dan apa yang kita dapat,
Itulah sebenarnya ujian.


Kata Nabi,
Kena zuhud terhadap dunia, baru dicintai Allah.
Dan kena zuhud terhadap apa yang dimiliki orang, barulah dicintai orang.

p/s:sudah ada buku untuk dibaca*wink*

HidupMatiSusahSenang Allah yang pegang.

Semalam semasa main teka-teka soalan kuiz yang pertama tu mengingatkan dan membawa saya ke bermacam-macam benda.Anyway,Jom kita layan teka teki jap.Tengok apa yang korang fikir pulak.

Cleopatra dan Anthony dijumpai mati di sebelah balang.Kelihatan kaca-kaca bertaburan dan ada air di sekitarnya.Apakah punca kematian mereka?


Korang fikir sambil saya nak berzikir jap..ouh tak2..nak berfikir juga.insyaAllah.

**********************************************************************
In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.


Dia memasamkan muka dan berpaling, Kerana dia didatangi orang buta. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad)? Barangkali dia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran agama yang didapatinya daripadamu)!Ataupun dia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya. Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran), Maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya. Padahal engkau tidak bersalah kalau dia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya). [Abasa 80:1-7]

Neraca hidup ini adalah Allah.

Bukan manusia.. bukan harta.. bukan study..
bukan pangkat dan kuasa...
Jadi apa yang kita buat kena check balik.Apakah disudahi dengan Allah?


Semasin- masin air laut pun tidak mampu menyerap ke dalam isi ikan, tetapi bila ikan itu mati, secubit garam pun sudah cukup untuk memasinkannya.
SubhanaAllah.Hebatkan kuasa Allah?*senyum sendiri*.

Begitu juga hati kita.
Hati yang hidup sukar untuk dinodai,

tapi, bila hati itu mati,
mudahnyaaaaaaaa dipengaruhi"

Jadi...carilah jiwa yg sentiasa ingin mensucikan hatinya...
Jadilah jiwa yang sentiasa ingin mensucikan hatinya.

hati ini tidak kan pernah sedih dan kecewa lagi
kerana hidup ini sentiasa ada Allah.


p/s: zikir dan fikir-fikirkanlah teka teki di atas.

Sunday, 16 August 2009

dari hati untuk semua.

In the name of Allah..
Just a quick note..Dah nak pergi kerja nih but...I miss you guys..sahabat-sahabat saya di mana saja..saya rindu tau.You guys miss me too??*wink2*..Oh come on..say it you miss me..hmmm

OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO

Abu Bakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Selamat bermujahadah.Be strong wherever you are.Doakan saya di sini juga tau.

******************************************************************

Masih teringat, sebuah hadith Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Dawud ( I actually curi-curi and terbaca kat someone's RiyadhusSalihin). Satu ketika, seorang sahabat duduk-duduk di sisi nabi lantas mereka terlihat seorang pemuda berjalan berhampiran mereka. Sahabat itu kemudian menyatakan bahawa dia menyayangi pemuda itu, lantas nabi menyuruhnya pergi memberitahu.

..................................................................................



Akhawat, aku mencintaimu. Fillah. InsyaAllah.

I've done mine..Now yours sistah.

Monday, 10 August 2009

bermegah-megah telah melalaikan kita.

In the name of Allah, the Most-Gracious, the Most-Merciful

Something to share and ponder..

While a man was polishing his new car, his 4 yr old son picked up stone and scratched lines on the side of the car.
In anger the man took the child's hand and hit it many times; not realizing he was using a wrench.
At the hospital, the child lost all his fingers due to multiple fractures.
When the child saw his father with painful eyes he asked, 'Dad when will my fingers grow back?'

The man was so hurt and speechless; he went back to his car and kicked it a lot of times.
Devastated by his own actions...
Sitting in front of that car he looked at the scratches; the child had written 'LOVE YOU DAD'.



How strange..yeah you know when we love something that is going to leave us one day.Shoes, handbags,jewellery, clothes..I mean we certainly know that one day we gonna throw them all away or maybe we got ourselves a new one.Sooo obviously we're not going to use them anymore..But how about people around us?Have we considered why they are by our side right now?..not someone else?Or are they the same with our handbags,clothes perhaps?

Anyway, this is world man.

When things are supposed to be used and people are to be loved, our problem is that people are used and things are loved...

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.[Al-Hadid 57:20]


Terpedaya??aduhh sentaaap..terasa macam kena tikam depan-depan.Malu-malu.rupanya ini semua tipu daya dunia,hasutan syaitan untuk kita menjauhkan diri dari Allah.Tapi kita tak sedar..tak sedar siapa Tuhan kita.tak sedar kita memperhambakan diri pada dunia,pada syaitan..*nampak syaitan sedang bertepuk tangan gembira*

Abu Umamah al-Bahili berkata, ”Ketika Muhammad diutus menjadi Rasul, Iblis didatangi oleh pengikutnya. Mereka berkata, ’Sekarang ini telah diutus seorang nabi dan umat baru telah muncul’. Iblis berkata, ‘Tambatkan hati mereka dengan kecintaan kepada dunia‘. ‘Ya, Kami sedia melakukannya’, jawab mereka. Kata Iblis, ‘Kalau mereka mencintai dunia, aku tidak peduli, biarpun mereka tidak menyembah berhala. Cuma usahakan bagi mereka pada setiap pagi dan petang dengan tiga perkara; bisikkan kepada mereka untuk mengambil harta yang bukan daripada hak miliknya; menafkahkan (mempergunakan) harta bukan untuk tujuan yang benar dan menahan harta dan hak-hak kewajipannnya. Ingat, semua keburukan munculnya daripada perkara-perkara tersebut’?”



Kita semua dapat dunia,betul kan?Ada ke antara kita taknak dunia?hmm susah betul nak cari. Sebabnya,Allah gives dunia to everyone whether we like it or not..Kadang-kadang ada dunia yang dah dikuasai dalam dalam hati,ada yang telah pun berada dalam genggaman. We have dunia from Allah, but not iman.Allah doesnot gives iman to everyone but only to those who ask for it and prove their sincerity to Allah.

“Sesungguhnya Allah SWT memberikan dunia kepada orang yang mencintai dan yang tidak mencintainya. Tetapi Allah tidak memberikan iman kecuali kepada orang yang menyukai”.(riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi dari Ibnu Mas’ud)


Pilih la yang mana satu yang kita nak,muhasabah balik yang mana sepatutnya berada di dalam hati.But if you really want dunia,fine.Allah can give you that.It's a promise from Allah.

Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya Neraka Jahanam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah[Al-Isra' 17:17]



Mungkin benar perlu ada papan tanda dalam setiap apa yang kita ingin lakukan.MAcam di atas jalanraya,kalau agak-agak dah nak tersesat,cari papan tanda juga kan?Tapi kalau awal-awal dah ikut papan tanda yang betul mesti tak sesat kan?Kan dah ada cara nak mudahkan setiap urusan tapi kenapa nak pilih jalan susah?





Dari Imam Ghazali's Mukasyafatul Qulub

Nabi Isa a.s. juga mengingatkan kepada kaum Hawariyin, “Hai semua kaum Hawariyin, sesungguhnya aku telah memalukan dunia di hadapanmu. Kerana itu, sepeninggalanku kamu jangan menghidupkannya lagi. Sebab di antara kekotoran dunia ialah melakukan kemaksiatan kepada Allah di dalamnya. Antara kekotoran dunia yang lain, bahawa akhirat tidak akan dicapai kecuali diimbangi dengan jalan meninggalkannya. Ingatlah, lalui-lah dunia tapi jangan kamu menghidupkannya. Kamu harus mengerti bahawa pangkal segala kesalahan adalah cinta dunia. Cuba perhatikan, berapa ramai orang yang menurut syahwatnya walau sebentar saja telah menyebabkan dirinya dirundung kesusahan yang berpanjangan.”



Setiap gerak langkah kita, yakinlah Allah swt menjadi saksi kita.

Tuesday, 4 August 2009

iman-recharge

Your Iman is the most valuable thing that you possess. No human being or jin or any power in the world can snatch this away from you without your consent and your permission. The worldly powers can take away your freedom of movement, your money, your family, your house, and the limbs of your body. But they can never take away your Iman if you do not allow them to.

Build your Iman. Build it, strengthen it, and reinforce it. And once you have built it, protect it and maintain it. Every security system requires maintenance. If you fail to regularly keep your protection cordon in optimum condition, you will leave it open to attacks by your enemy, the Shaytan. And if he succeeds in snatching away your Iman, don’t blame him. Blame yourself.

**Mode: muhasabah,kerja,reading,laundry*


“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu, yang telah percaya dengan Allah dan rasul-rasul dan yang tidak ada pada mereka itu keadaan ragu dan mereka berjuang dengan menggunakan harta-harta dan diri mereka di jalan Allah , merekalah orang-orang yang benar.”(Al Hujurat: 15)