Cuti selama seminggu..dah pun berakhir.
Alhamdulilah apa terbengkalai sudah pun disudahkan dengan semampunya.Akhirnya ada masa banyak nak tambahkan ilmu walaupun saya kira masih kurang dan cetek ilmu saya ni.Rupanya banyak juga kerja cuma kadang-kadang diri ini selalu sangat leka dengan hal dunia.Lebih-lebih lagi peluang bekerja semasa cuti buatkan saya rasa sangat penat.Terlalu penat sampaikan setiap malam selepas Isyak dah tumbang.
Walaupun diri sangat letih kerana setiap hari berhempas pulas bekerja dan membaca untuk dissertation dan assignments, tapi digagahkan juga untuk duduk sebentar merenung diri.Sebetulnya, muhasabah saya membuatkan saya malu pada Allah sebenarnya.Apabila saya sangat-sangat letih,kadang-kadang terdetik untuk melewatkan solat.Rasa macam nak tidur dulu baru solat tapi sebenarnya bila nak terlelap tu hati jadi tak tenang sangat.Mati,macam mana kalau aku mati tapi tak solat ni?
Banyak benar tarbiyah yang Allah beri.Tapi kadang - kadang tu tak perasan diri kita ini sedang dididik directly from Allah.Hmm kenapa mati asyik terkesan pada saya sekarang ni?Memang saya malu dengan Allah swt.Kadang-kadang kita terlupa dengan Allah yang sentiasa ada memerhati dan sentiasa melindungi kita.Kita buat tak endah,berjalan di atas muka bumi ini dengan rasa 'bumi ini aku yang punya'.Pelbagai penyakit hati menguasai diri.Susah betul nak mengawal diri dari penyakit-penyakit hati ni.Susaaaaaaaaaahhhh!tapi apa-apa pun diri kita la kena mulakan dulu sebab kalau kita biarkan penyakit-penyakit ni merebak,rasanya lagi parah dari swine flu.Tak payah pakai topeng pun ada menular dalam badan dah.

Semalam selepas makan malam,saya,Tirah dan Moon reflect sikit dengan keadaan di sekeliling kami.Pelbagai topik menular dalam fikiran dan membawa kepada kebesaran Allah.Tersenyum saya kerana kebaikan Allah pada hambaNya.Tetapi hambaNya pula tak menghayati dan menghargai apa yang telah diberi..isk lupa diri betul.Kadang-kadang kita lebih takut pada manusia daripada Tuhan Sekalian Alam.Bila buat perkara tak elok,senang je dapat lari daripada manusia tapi tak sedar Allah dekat dengan diri kita,dengan maksiat-maksiat yang kita buat.Kita selalu fikir,oh maksiat..aku mana buat maksiat!Tapi sekecil-kecil maksiat tu apabila kita malu apabila orang lain tahu..hmm tak paham?Katakanlah saya mencuri..pastu agak-agak saya bagitahu satu kampung ke?takpun bagitahu kawan terdekat ke?Kalau yer,memang hati saya ni dah keras..Kalau tak,maksudnya ada lagi rasa malu dalam diri saya tu.Itu la maksiat.Ok.letak pulak diri anda di tempat saya.reflect sendiri yer?
Sekarang ni,maksiat yang kecil disembunyikan,maksiat yang besar pulak didedah-dedahkan.So,again kita reflect sendiri yer.
Bila terlalu mudah mencapai apa yang dihajati,sebenarnya perlu ada rasa takut dalam diri.Sebabnya ujian pada masa senang itu sangatlah susah.Kita tak rasa pun kita diuji pada waktu kita senang.Tak ingat pun nak bersyukur..Naudzhubillah.
Ya ALLAH, jadikanlah aku hambamu yang selalu berdoa kepadamu dengan setulusnya ketika dalam keadaan tenteram sebagaimana tulusnya doa orang-orang yang terpaksa kerana berada dalam kesempitan.
Walaupun sehina mana pun kita di sisiNya,Allah tetap hadir pada saat kita memerlukanNya.Alhamdulilah kerana ada Kekasih yang paling memahami diri kita..Kerana kadang-kadang kekasih di dunia pun tak memahami kita kan?Tapi Allah, dekat dengan urat leher kita.Jadi dalam kita bercinta ibarat dunia ni kita yang punya,ingatla Pencipta kita,Kekasih kita yang satu selalu je nak jumpa kita.Setiap hari Allah nak jumpa kita tapi kita pulak buat tak endah.Isk kalau kekasih kita sekarang ni mesti dah kecil hati dengan kita kan??Tapi Allah selalu baik dengan kita..huhu Pepatah berkawan biar seribu,bencinta itu biar satu itu mungkin dimaksudkan oleh orang dulu-dulu iaitu pada yang Esa kan?
Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya[Al-Qaf:16]
Menyedari diri ini diselubungi aib dan cela,jadi ada tanggungjawab untuk rasa malu pada Allah swt.
Sesungguhnya kita selalu menutup 'pintu' serta menurunkan tabir dan berasa malu kepada manusia tetapi tidak malu kepada ALLAH Yang Maha Besar sedangkan kita tahu yang tidak ada sesuatu pun yang dapat bersembunyi dariNya.Saya takut,saya malu,hati saya gentar pabila setiap malam memikirkan yang mungkin malam ini adalah malam terakhir saya..
"Hidup ini hanya sekali
Maka hiduplah dengan penuh erti,
Lihatlah jauh ke dalam diri
Selamilah erti sebenar tujuan penciptaan kita
Asal kita dan pengakhiran hidup kita
Semoga berjaya menemui jawapan penuh makna"