Saturday, 28 February 2009

Berani kerana benar.

Ok.hari ini rasa nak pakai 'aku'.Dan aku nak tulis dalam bahasa Melayu.

Lama aku berfikir bagaimana nak menulis.Susah betul nak susun ayat sekarang ni.Rasanya aku lagi senang bercakap.

Sekarang assignment dah habis.Lega la juga dapat habiskan walaupun aku rasa assignment tu tak relevance langsung untuk Malaysian students.Tapi alhamdulilah aku berpuas hati dengan assignment tu.Pandai jugak lecturer Marjon ni.Buat assignment pun dalam bentuk blog dah.Kena submit macam post blog pastu nanti ada orang komen/respon..hehe

Kelmarin,memang dalam jadual aku untuk ke city centre.Ada beberapa perkara yang aku nak settlekan.Antaranya window shopping la kan. dah allowance pun baru masuk.
tapi sebelum tu aku ke tempat kerja aku.Ada hal sikit mahu dibincangkan.Tapi si Manager tu takde la pulak.Kena cakap dengan assistant dia.Oh ya, aku belum bagitau lagi yang aku diberhentikan kerja buat sementara waktu sebab kononnya aku ni illegally bekerja di UK.Memang gila kan?aku bayar mahal2 duit visa tau.Penat turun naik KL dua kali.sedap2 je cakap aku illegal datang UK nih.

Ok fine.Aku sampai disambut dengan satu surat from Home Office(Immigration Office).Surat tu berkenaan dengan satu scheme untuk aku apply dekat UK ni.Tak payah la aku bagitau apa scheme tu. Time tu pun aku takde idea la apa benda la scheme ni.So, aku anggukkan je lah.Ok aku dah google scheme tu pagi tadi.Tau tu scheme apa?Scheme tu untuk asylum seekers.haih panas betul hati aku. takpe2 sabar2.Lepas tu aku cakap aku nak bincang beberapa benda. regarding wage dengan uniform.Gaji aku ok je tapi aku tak puas hati kenapa aku dibayar lambat dengan national minimum wage.Dia cakap kalau 22tahun baru dapat.setahu aku 21 tahun.Fine.balik aku google, yer betul lah 22tahun.Ok aku salah la kan.takpe lah.Pasal uniform pulak, aku cakapaku tak puas hati sebab dia buat aku sign borang yang mengatakan aku dah terima uniform.Sepanjang 6bulan aku dok minta uniform, dia cakap tak available.Semalam masa aku cakap tu dia cakap'oh really, i thought you already have one' haih minah saleh ni mau aja aku lempang.selama ni datang keja dia tengok pakai lutut ka.Aku dok pakai baju buruk aku dia kata baju company.Terus dia kata dia akan cari satu uniform untuk aku.Lepas dia cakap cam tu, turn aku lak kan.Aku berleter la apa lagi.haa nak dengar aku berleter mai dok sembang ngan aku la..tak larat aih nak berleter dalam ni..

Ok dah setel semua aku keluar beli ayam, dan barang-barang rumah lain.Pastu aku jalan punya jalan aku pergi la Dorothy Perkins.Hajat di hati dah lama dah nak buat discount card.Sebelum datang Uk lagi memang aku dah lama dah tau pasal rules nak buat card tu.Ok dah isi borang semua, makcik tu pun call lah main office sebab nak check dengan bank semua.Aku dan ayam-ayam aku duduk je lah kat kaunter tu.sekali dia datang balik dia cakap decline.Aku tanya kenapa decline?Dia kata aku tak duduk rumah baru aku ni selama 12 bulan.haih makcik ni.Sekali lagi aku berleter kat kaunter dorothy perkins tu.Sepanjang aku dok membaca rules tak pernah pun tercatat kalau pindah rumah kena duduk rumah baru tu 12 bulan.Yang tulis cuma kena duduk dalam UK selama 12 bulan.Ok dah puas berleter aku pergi Drake Circus.

Aku ke satu kedai ni.Tak yah la reveal kedai apa tapi yang pasti kedai famous jugak la kan.Aku kan masuk kedai famous je..hahahah
So aku dah pusing-pusing dalam kedai tu aku ambil la 2 cardigans.Sebelum masuk tu fitting room, dorg kena bagi aku tag tunjuk berapa baju aku nak try.Aku tak ambil pusing pun pasal tag tu.Aku masuk try,posing2 skit pastu aku keluar la.Tak jadi beli lah.Lepas tu aku keluar, pergi pusing-pusing dalam Drake Circus(pls note that aku pusing-pusing sangatlah lama).Sekali ada seorang lelaki ni ketuk belakang aku.Dia cakap dia Security Officer ***(kedai aku pergi tadi)Dia suruh aku ikut dia.Aku tanya kenapa,dia kata aku curi baju dekat kedai tu.wahhhh takpe Mira.sekali lagi Tuhan nak uji kan?Aku pun ikut je lah dia.Masuk la main office jumpa manager dia.first time masuk main office kedai tu.Punyalah semak...Rupanya minah yang jaga fitting room tu report cakap aku ni curi baju sebab aku try 2 baju je, tapi dekat tag aku tulis aku try 3.Aku cakap la dah memang aku try 2.apa masalah? manager dia bagi la 'nasihat' dekat aku kononnya kalau aku nak try baju lain kali kena tengok dulu tag tu.hey that is not my problem, that is YOUR problem.Kerja aku masuk try baju, kalau dah pekerja kau tu buta nak salahkan aku pulak ke?So keluar jugak la perkataan tu dari mulut aku.Lepas tu security officer dia check la bag aku.Tak puas hati lagi, dia check jugak beg plastik ayam-ayam aku.haishh Aku cakap 'if i were to run away with your clothes,then the censor...'dia stopkan aku dia cakap'not for all items' heyyyy again that is your problem.Tu bawah kau punya protection lah.Dah jadi macam ni senang2 je kau nak ikut orang tangkap orang depan public.So, aku berleter lagi sampai security officer tu pun dok tak habis2 nak cakap 'sorry,darling'.

Itulah 3 bnda yang menguji aku pada hari penghulu segala hari.Tapi aku takde lah naikkan suara cuma sarcastic tetap ada dalam semua leteran aku.Aku belajar untuk berdiri atas kaki sendiri dalam hal-hal macam ni.Aku cuba untuk handle emosi aku sebaik mungkin dan aku rasa aku berjaya.Notes:kalau korang baca dalam nada marah,memang korang rasa aku naik suara time tu)

Prejudice tetap hadir dalam diri setiap manusia. Di Malaysia, prejudis tetap ada untuk warganegara asing dan orang yang berbeza taraf hidup dengan kita.Bila kita di tanah air kita sendiri, benda tu kita tak rasa sebab kita kaum yang dominant,kaum majoriti, tapi bila di bumi asing,sekarang ni kita tau ,aku tau macam mana rasanya dipandang hina oleh orang lain.Aku tau macam mana penatnya berlawan dengan benda yang sia-sia.Aku tau macam mana susahnya mahu setiap orang bersangka baik.Kalau dah dengan Asian pun racism sampai tahap ni, apa lagi racism pada orang kulit hitam.Korang fikir lah.terima kasih kerana sudi membaca.

Wednesday, 25 February 2009

Kenapa aku peduli?

Selama saya di Plymouth,saya sering tertanya pada diri, siapa sebenarnya yang membersihkan muntah-muntah yang diluahkan di tepi-tepi jalan oleh orang-orang Plymouth yang mabuk?


Saya pernah meneka sisa-sisa muntah itu akan hilang dengan sendirinya apabila hujan turun. Namun begitu, bagaimana pula dengan musim yang tidak turun hujan, seperti musim sejuk?


Jawapannya ada pada suatu pagi:



Burung-burung merpati akan datang mematuk-matuk saki-baki makanan dari muntah itu pada waktu pagi.

...

Bagus kan?

Ok.Back to my conclusion.off-task assignment kejap..lalalalala

Saturday, 21 February 2009

i guess,shootin' hookie is just awesome!


WARNING: Some scenes in the video might offend YOU.

For the 7 days that we had, i have learned so much.So much that i would not be able to tell.
It's true that if we were just to be in the class, we won't learn anything because there's so much in the outside world that make us human. But i do realize that i am here to study but apart from that, i want something for myself.Not just plain learning process that i'll be able to have in Malaysia.
How to Change the World in 7 days is truly an eye opener to me to almost everything that i've searching and asking for.
It makes me have feelings towards others, become more appreciative,sensible and respect others for who they are.

I couldn't sleep last night thinking what i've gained that others don't.Not to be proud here but to learn more about myself.I was a girl who judged people a lot, but when i am here,slowly i realize that i've changed. i pissed at something which is stupid. I couldn't stand childish attitude. Maybe, what my friend told me is true.
Hardship make us realize something which we didn't. Hardship make us learn every lesson in life and face it positively.

But i've come to my senses that every person in this world is special.I mean i really do.Some people just realize that everybody's special but deep inside they still can't control their prejudice towards others.Just remember that whenever we are there to judge other people, there's someone somewhere hiding somewhere around you,talking.....about you.I guess that most of my friends are tired listening about me saying how grateful i am to be here,learning new things about others and also about me and my religion.sori ok.tapi Amira memang sangat bersyukur sekarang.

p/s: i watched 'painful secrets' on youtube. *speechless* and as hard as it was to watch, it was a pretty good depiction of self harm. I just don't understand how people can bear the pain of cutting themselves.kena papercut pun sakit apa lagi guna pisau.Maybe being in their shoes would make me understand. But it's true that emotional pain is too hard to handle compared to physical one.Anyway, lend your helping hand.Don't just look and judge. We are disabled in our own way.

Thursday, 19 February 2009

sticks and stones may break my bones but labels always hurt me.

Salam & Hello.

dalam sedar ataupun tak, Februari telah datang menyapa. Sekarang ini Februari dah hampir berlalu. Sekejapnya masa berlalu. Kesibukan yang dirasa kekadang melelahkan diri yang berkejaran dengan masa. Semuanya bagaikan silih berganti dan kadang-kadang rasa macam semua kerja ini tahu bagaimana untuk mengisi masa saya.

Kekadang mahu saja rasanya menekan butang ‘PAUSE’ untuk memberikan ruang rehat bagi diri-diri yang dihadiahkan dengan nikmat ‘kerja ini’. Tapi realitinya masa tidak pernah berhenti, malah Imam Ghazali pernah berkata, yang paling jauh dengan diri kita ialah masa yang telah berlalu… dan Allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-’Asr, “Demi masa, sesungguhnya manusia di dalam kerugian…”

“Saya bukan robot, saya cuma manusia biasa - punya keinginan, punya kelemahan…”

Kekadang keinginan itu terpaksa dilawan sehabisan dengan bermujahadah sekuatnya. Ya Allah , sungguh meletihkan sekali! Lebih-lebih lagi apabila ujian yang datang bertandang bukan sesuatu yang “biasa” dilewati oleh kebanyakan mereka. Mahu tidak mahu, hati ini perlu disabarkan juga, perlu diteguhkan juga, perlu dipertahankan juga. Walaupun banyaknya linangan air mata yang gugur bersama lelahnya hati dan fikiran ini memikirkan keadaan disekelilingku yang terlalu mementingkan perkara-perkara yang bukan menjadi faktor utama pemilihanku.

Letih. Letih sekali.

Semoga saja Allah s.w.t memberikanku kekuatan hati untuk menempuh fasa yang sangat payah ini. Walaupun banyaknya ‘negativity’ yang dilemparkan, yang berkemungkinan berniat untuk melumpuhkan keinginanku dalam memilihnya, tapi wallahi, ianya bahkan menguatkan lagi keinginanku untuk membuktikan bahawa kebenaran itu pasti akan menang. Dengan susah payahnya dijalani setiap masa yang dipenuhi dengan cemuhan dan ’sangka buruk’, tapi cukuplah Allah s.w.t saja yang maha mengetahui apa yang tersirat disebalik semuanya.

Terima kasih kerana memberiku semangat dan kekuatan, terima kasih kerana mengingatkanku tentang kesabaran, terima kasih kerana menyakinkan hatiku tentang kasih sayangNYA dan terima kasih kerana memberikanku ujian yang insya Allah dapat ku jalani berbekalkan iman dan taqwa kepadaNYA.

Pilihanku, tetap yang itu.tetap yang benar.tetap yang diredhai.

Allahumma yassir walatu’assir ya Karim

[Ya Allah permudahkanlah segala kerja buatku, janganlah engkau susahkan, wahai Tuhan yang Mulia]

Thursday, 12 February 2009

fantasia bulan madu.

hello.
i just woke up from my busy world and realized that i'm still the same.Busy.
at this moment,dates are veryyyyyy important to me.
notes:people,if u wanna ask me out pls tell the exact time and date pls.hehe

ok back to bussiness.
our event is coming up.This sunday is going to be the most hectic day in my life.Not to say hectic physically as i have to run from my workplace to Barbican and rehearsaling(ade ke that word?whatevah)but hectic mentally..wahh.but anyway,Hopefully,i'll be able to finish my work quickly.This Sunday i'm going to perform one of my poems in front of Benjamin Zephaniah..ohh segan betul la.he's great and i am like still new in this field..so Benji i'm not going to do any rappings ok..hehe beat - boxing perhaps?ouh apa aku merepek nih.

Sebenarnya dalam hati ini bergolak sedikit.Ada sedikit risau dalam hati because i have to skip so many classes next week.ye la saya bukan orang yang pandai.although i desperately want to come to class on Monday as Katy wants to do some drama workshop with us.I have been thinking that i'm going to do drama for my dissertation so i think it would be best for me join.But anyway, rezeki di tempat lain.On the same day, i have join a workshop called'Undoing Racism' by people from New Orleans.After all, we(the Collective Voices)are the one who brought this group all the way from America to Plymouth.Saya berdoa Allah s.w.t permudahkan semua urusan and help me gain something from the workshop.InsyaAllah kalau niat kita baik Allah s.w.t akan tolong kan? Next week, last BUCS game in Newport.Ni satu lagi nih.penat2..i pray that the driver is gonna drive us back reall fast man.I have to catch up our last practise before we perform next Saturday the 21st.

anyway, apart from that, i have my juniors in the house already.seronok!at one point of time, rasa lepas jugak rindu dekat my bro and sis.dapat jugak menjalankan tanggungjawab sebagai kakak.So yesterday they cooked us dinner.But before that,Amira macam biasa tak terlepas dengan sifat bulinya.tapi sikit je buli..hehe kesian2.sabar je la adik2 yer.ouh by the way, they are Mariam and Khairiah Raihanna(Anna).They already made me cry on the 2nd day they're here.Salah saya jugak.Sepatutnya saya kena masak lunch for them but i was tooo busy so i forgot.So one them masak nasi makan dengan kicap,scrambled egg yang tak habis masa breakfast and ikan bilis.weeiiiiiiii sedih!!! Sorry people i can't stand that kind of food.It's ok if i'm the one who eat it but not my friend ok.kalau makan pun jangan makan depan saya and pls don't tell me that you eat that.nanti Amira akan balik nangis dalam bilik.Bukan apa,rasa kesian sangat.Sori dear junior,Kak Mira minta maaf.adehh nanti Kak Mira buat ayam golek k.

Dalam kesibukan saya,saya rindu my family especially Azalia.i've read your message.Kadang-kadang rasa tak fair bila dapat tolong adik-adik orang lain tapi tak dapat pun tolong adik sendiri.Tapi bukan tak mampu cuma we're miles away my dear.Tapi InsyaAllah Kak Yang try ok.Time-time macam ni lah rasa nak balik Malaysia cepat-cepat.Jadi anak dan cucu sulung, saya tak akan cuba untuk berjauhan dengan family dah selepas ini(insyaAllah,harap Allah s.w.t faham apa yang terpendam dalam hati ini,tapi Ya Allah,jika di bumi orang tempatku,aku redha)

It's 513am,i need to get some sleep.busy work ahead.Tapi senyum itu penting:D

Sunday, 8 February 2009

Belgium:D

last 20th November..huih lama gila..
we went to Belgium..
this is one of the countries in my mum's list for me to go..
so dah tercapai dah hajat mak:D
enjoy the photos ok.


mata dan bibir bengkak sebab the day before ke Swansea for Badminton.


menggedik kejap dalam hostel.cantik hostel nih:D boleh masak memasak yer kawan2!



with Bro Muhammad from Morocco..accidentally became our tourist guide..sangat baik ok:D


Atom-atom yang pening.


escalator inside atomium.almost 90 degrees kecuraman.menakutkan:D sorang pun tak berani nak duduk depan sekali. time ni Nad kot yang duduk depan..hebat2.


Mini Europe-tatau kenapa kena buat muka belagak.




pit stop time nak ke Grand Place


Grand Place at night.



snow in Belgium.Sejukk!


inside Musical Instrument Museum.Penat belajar musical intrument..haha.Zati,awat muka ko?anyway,kami sangat colorful kan3:D


lepak-lepak di taman larangan.again muka belagak!huahuahua


mari beli album Dara Pujaan.Vokalis kami yang pakai jaket warna biru.sekarang dah mula bergerak secara solo.

Overall,we enjoyed Belgium.Kalau nak bulan madu datang lah sini..huahuahua:D

Friday, 6 February 2009

your heart is always the same.

I'm writing in my cold room, cold new house.
Mark my word that this new house sangat sejuk!!
I have been having my flu since last Monday.
and it becomes worse each day.
yesterday my whole body felt like almost burn.
mata pun panas.
apart from that, i have my one and only TEYL assignment to submit today.
Alhamdulilah, i'm able to finish it on time.
i was supposed to finish it before i went for my Collective Voices meeting yesterday but i couldn't.
ilham tak datang.
then that was the time when i saw my mum came online.
i buzzed her we chatted for a while(almost 2 hours jugak la).
we talked on many things and i was so relieved to talk to her.

Kakak:Mak, do i look the same? (harap mak cakap kakak nampak kurus sikit)
Mak:Your heart is always the same.(Amira jatuh kerusi)

Biasalah my mother.Lain yang ditanya lain pulak yang dijawab.Anyway, i guess that one also made my heart berbunga-bunga semalam.hehe

Okey fine.Hati berbunga-bunga tapi assignment tak berjalan jugak.Asyran tanya 'How's your assignment?'.terpaksa tipu cakap progressing nanti kena marah.hey sapa kakak nih?iskk tapi yeah saya takut jugak dengan dia nih.but yesterday he was in a good mood:D

kakak: mom, i've no ideas to do my reflection lahh
Mak: what about?
kakak: reflection on my own micro teaching.
Mak: write from your heart:)

Tak bleh terima.write from my heart?how?i dun hav any at the moment. i feel like sleeping.but i thanked her anyway. Then off i went to Barbican for the meeting.Having fun at the meeting watching our Voc Pops..i looked chubby!goshh ouh i am actually..what's the matter anyway??.
talked to my mate about my assignment and she mentioned that what my mom said is true.
You have to write from your heart.She mentioned that i always fast in writing a poem and that is the same thing that i have to do in my reflection.
Lepas balik from Barbican, i sat in front of my laptop with a cup of choc Horlick and finished it at around 10.Then i sent my reflection for editing.And i slept quite early last night.

Anyway, peer editing last night sangat lawak. Tiku mentioned that my writing is influenced by too much blogging..hahaha amik kau.so maybe i should stop this blogging world for a while kot kan?
hehehe

Monday, 2 February 2009

kakak kenalah mengalah.

Bukan mudah nak menjaga hati dan perasaan seseorang.
Sekuat mana saya memcuba, saya rasa saya tetap gagal.
Macam mana berani saya cuba memberi sesuatu pendapat, saya rasa saya gagal juga.
Sekarang ni saya ambil keputusan untuk menjadi hanya pendengar setia..
ye la,pendengar setia yang cuma mendengar dan mengangguk bila memdengar sesuatu sambil melemparkan senyuman yang paling manis.
Dan pabila si dia bertanya, cuma jawab'betul' dan senyum lagi.
saya rasa part senyum memang saya paling pandai.
terima kasih.
apa-apa pun saya tetap sayang adik-adik saya.

Sunday, 1 February 2009

cleaner satu hari.

i'm supposed to continue packing and moving my stuffs next door but im kinda lazy to do that..
my old room sangat berharga for me..ceyy walaupun baru few months im in this room but i think i like this room so much..
i already went to move some stuffs into my new room..i guess that the room looks quite small to me..
maybe because of the shelf..compared to my current shelf in my old room, the shelf does not take too much space sebab tinggi.but the shelf in my new room tu lebar sikit tapi whatever la kan.asalkan ada tempat berteduh.
i guess i better continue packing.just that i wanna write sumthing in this very messy place before i leave for a new environment..
oh cleaner dah tinggalkan biskut in my new room.
mcm tau2 je i lapar kan?
hehehe
oh ya my cleaner and her gang pun dah siap angkat kerusi common room bawak masuk rumah baru..padahal kat rumah baru tu ada je kerusi..saje la tu.dh biasa kerusi lepak dorg lembut2.haishh
lepas ni dorg lepak sana la pulak..
haihh geram2..nak kerja ke nak bersembang yer makcik2?

p/s:saya rindu kekasih.
**********************************************************************************

When, I was 7 they said I was strange
I noticed that my eyes and hair weren't the same
I asked my parents if I was ok
They said your more beautiful and that's the way
They show they wish that they had your smile
So my confidence was up for a while
I got real comfortable with my own style
I knew that they were only jealous cause
People are all the same
And they only get judged by what they do
Personality reflects name
And if I'm ugly then so are you, so are you

There, was a time when I felt like I cared
That I was shorter than everyone there
People made me feel like life was unfair
And I did things that made me ashamed

'Cause I didn't know my body would change
I grew taller than them in more ways
But there will always be the one who will say
Something better made them feel great
People are all the same
And they only get judged by what they do
Personality reflects name
If I'm ugly then so are you, so are you
People are all the same
We only get judged by what we do
Personality reflects name
If I'm ugly then so are you, so are you
Everybody talks bad about somebody
And never realized how much it affects somebody
And you bet it won't be forgotten
Envy is the only thing it could be
(Sugababes-UGLY)


“Ya Tuhanku, hatiku ini telah tertutupi hijab, jiwaku ini telah dipenuhi aib, akalku ini telah dikalahkan, hawa nafsuku ini telah mengalahkan, ketaatanku sangat sedikit, maksiatku sangat banyak, lidahku mengakui dosa-dosanya, maka apakah kesudahannya, wahai Yang Maha Penutup segala aib, wahai Yang Maha Tahu segala yang ghaib, ampunilah segala dosa-dosaku.
Ya Allah Ya Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari segala amal perbuatan yang mengecewakanku, aku berlindung kepada-Mu dari teman yang menggangguku, aku berlindung kepada-Mu dari angan-angan yang melalaikanku, aku berlindung kepada-Mu dari kemelaratan yang melupakan diriku, dan aku berlindung kepada-Mu dari kekayaan yang menyebabkanku melampaui batas.”