Kerana manisnya gula, semut sanggup menjadi hamba kepada nafsu, terikut semahunya walaupun akar beracun bersalut madu. Kerana manisnya gula, semut sanggup meninggalkan busut di mana sarang yang kehidupannya tenang untuk mencari kemanisan sementara. Walaupun beracun, terkejar-kejar semut oleh kemanisan rasa dan cinta yang tidak berkesudahan. Kata semut kepada gula, "Aku sanggup mengurungimu selagi kau menyimpan manismu" Kata gula kepada setia semut, "Kematian kau kerana haloba tergoda oleh kemanisan sementara"
Ada sesetengah perkara yang memang kita mahu. Mahu yang amat. Kita minta pada Allah, agar berikan. Minta dan minta, kemudian tunggu. Tunggu, dalam keadaan kita sudahpun berbuat apa yang dirasakan yang terbaik untuk mendapatkannya. Kemudian kita minta dan minta lagi, sambil tunggu.
Tunggu.
Tunggu lagi.
Dan tunggu lagi dan lagi.
Kemudian kita tak dapat apa-apa pun.
Kosong.
Kemudian kita menangis.
Kita sedih sangat. Terutama sekali bila tengok orang lain dapat, tapi kita tak dapat. Kita mula menyalahkan diri, bersedih-sedih kerana memikirkan kenapalah kita tak dapat apa yang kita mahu. Sangka kita, mungkin itulah namanya takdir. Bukan rezeki. Perkara itu mungkin bukan dicipta untuk jadi milik kita.
Lepas beberapa ketika kita mula terlupakan apa yang pernah kita minta dulu. Kita teruskan hidup macam biasa. Cuma yang bezanya, kita dah tak ingat lagi permintaan kita dulu tuh. Kita bahagia melupakannya.
Tiba-tiba.
Tanpa disangka.
Kita terasa nak perkara lain pulak.
Err...
Dunia.
Takkan pernah mampu menghilangkan dahaga nafsu.
Tak cukup dengan apa yang ada.
Takkan pernah cukup, yang pastinya.
Apa sebenarnya yang kita mahukan?
Semua!
Dan kadang-kadang pula, kita dapat apa yang kita mahukan,tanpa ada apa-apa tanggungjawab.Dengan mudah kita dapat. Kita rasa kita dah berusaha, dan Tuhan menghadiahi kita dengan apa yang kita mahukan. Wah, gembiranya kita. Begitu gembira, hingga merasakan diri bertuah jika dibandingkan dengan orang lain. Kita bertuah kerana Allah mengurniakan limpahan rahmah nikmat-Nya.
Tapi kita terlupa.
Kadang-kadang apa yang kita tak dapat,
Itulah sebenarnya nikmat.
Dan apa yang kita dapat,
Itulah sebenarnya ujian.
Kata Nabi,
Kena zuhud terhadap dunia, baru dicintai Allah.
Dan kena zuhud terhadap apa yang dimiliki orang, barulah dicintai orang.
p/s:sudah ada buku untuk dibaca*wink*

4 comments:
salam sis.
betul tu.setuju sangat.
keyword-bersyukur.
susahkan nak bersyukur.hmm
selamat berpuasa :)
Bismillah.
Anna - insyaAllah perkara yg susah kalau selalu dilakukan akan jadi senang.
13may- hehe selamat berpuasa jugak.
assalamualaikum ukhti, salam kenal ya
Post a Comment