Thursday, 20 August 2009

HidupMatiSusahSenang Allah yang pegang.

Semalam semasa main teka-teka soalan kuiz yang pertama tu mengingatkan dan membawa saya ke bermacam-macam benda.Anyway,Jom kita layan teka teki jap.Tengok apa yang korang fikir pulak.

Cleopatra dan Anthony dijumpai mati di sebelah balang.Kelihatan kaca-kaca bertaburan dan ada air di sekitarnya.Apakah punca kematian mereka?


Korang fikir sambil saya nak berzikir jap..ouh tak2..nak berfikir juga.insyaAllah.

**********************************************************************
In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.


Dia memasamkan muka dan berpaling, Kerana dia didatangi orang buta. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad)? Barangkali dia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran agama yang didapatinya daripadamu)!Ataupun dia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya. Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran), Maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya. Padahal engkau tidak bersalah kalau dia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya). [Abasa 80:1-7]

Neraca hidup ini adalah Allah.

Bukan manusia.. bukan harta.. bukan study..
bukan pangkat dan kuasa...
Jadi apa yang kita buat kena check balik.Apakah disudahi dengan Allah?


Semasin- masin air laut pun tidak mampu menyerap ke dalam isi ikan, tetapi bila ikan itu mati, secubit garam pun sudah cukup untuk memasinkannya.
SubhanaAllah.Hebatkan kuasa Allah?*senyum sendiri*.

Begitu juga hati kita.
Hati yang hidup sukar untuk dinodai,

tapi, bila hati itu mati,
mudahnyaaaaaaaa dipengaruhi"

Jadi...carilah jiwa yg sentiasa ingin mensucikan hatinya...
Jadilah jiwa yang sentiasa ingin mensucikan hatinya.

hati ini tidak kan pernah sedih dan kecewa lagi
kerana hidup ini sentiasa ada Allah.


p/s: zikir dan fikir-fikirkanlah teka teki di atas.

3 comments:

Alice said...

nad tau! nad tau! nak jwb boleh tak? haha

Anonymous said...

jawapannya ada dekat title post tu kan?
hehe

anna said...

dorang tu suami isteri ke?
maybe bergaduh kot.