kaifa hal? Ana bi khair alhamdulillah.(baru belajar kat iLUVislam semalam)hahaha
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah selaim daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu adalah titisan air mata yang keluar kerana Allah dan titisan darah yang tumpah dalam perjuangan di jalan Allah . Manakala dua kesan adalah kesan berjuang di jalan Allah dan kesan kerana menunaikan kefarduan yang telah difardukan oleh Allah ” (riwayat at-Tirmidzi)
Semalam buka notebook dari Malaysia dan terjumpa kata-kata yang saya buat untuk diri sendiri.So, I just wanna share with all of you here.Sorry, source tak ingat amik kat mana.
Time tu taktau lagi pasal source-source ni.
hee
"Hidup adalah perjuangan yang panjang dan kita harus berusaha bersungguh-sungguh jika mahukan hasil yang terbaik. Namun memang benar, dalam perjuangan, tidak semuanya akan berjalan lancar. Akan ada rintangan yang menghalang, yang kadangkala buat kita jatuh tersungkur dan menangis. Namun jika hidup ini kita sandarkan kepada Allah semata-mata, kita pasti tidak akan lelah berjuang. Kita pasti tidak akan rasa penat dan kecewa andainya kita berdepan dugaan dan cabaran. Ini kerana kita sedar, setiap perlakuan kita persembahkan kerana Allah , bukan kerana manusia lain atau mengharapkan habuan dunia. Pesanan seorang ahli hikmah, “Contoh orang yang beramal dengan riak atau sum’ah itu adalah bagaikan orang yang keluar ke pasar dan mengisi poketnya dengan batu, sehinggakan semua orang yang melihat poketnya berasa kagum dan berkata, alangkah banyaknya wang orang itu, tetapi hakikatnya dia sama sekali tidak berwang kerana tidak dapat membeli apa-apa dengan batu tersebut tetapi hanya sekadar mendapat pujian orang semata.”Kata Ali bin Abi Talib pula, “Tanda orang yang riak itu ada empat, iaitu malas jika bersendirian, dan tangkas jika di hadapan orang, dan menambah amalnya jika dipuji, dan menguranginya jika dicela”.
Tuesday, 17 March 2009
semangat diri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
“Ya Tuhanku, hatiku ini telah tertutupi hijab, jiwaku ini telah dipenuhi aib, akalku ini telah dikalahkan, hawa nafsuku ini telah mengalahkan, ketaatanku sangat sedikit, maksiatku sangat banyak, lidahku mengakui dosa-dosanya, maka apakah kesudahannya, wahai Yang Maha Penutup segala aib, wahai Yang Maha Tahu segala yang ghaib, ampunilah segala dosa-dosaku.
Ya Allah Ya Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari segala amal perbuatan yang mengecewakanku, aku berlindung kepada-Mu dari teman yang menggangguku, aku berlindung kepada-Mu dari angan-angan yang melalaikanku, aku berlindung kepada-Mu dari kemelaratan yang melupakan diriku, dan aku berlindung kepada-Mu dari kekayaan yang menyebabkanku melampaui batas.”

2 comments:
ramai orang segan nak buat baik, sebab takut jadi riak bila ada orang puji. Walhal, perbuatan 'meramalkan dapat pujian' sebenarnya dah menunjukkan sifat riak. kenapa yakin ada orang akan puji bila buat sesuatu? ...huhu, entry ni ZApp panah dada..
haha..
aku tau..
first time aku baca dulu tak panah menusuk sangat..
sekarang ni aku baca rsa cucuk bnyak kali..
Tapi bagus lah kalau kita rasa sesuatu,that means we learn something.
kan3?
Post a Comment