Saturday, 30 August 2008

Ramadhan.

"Dari Abu Abdurrahman, Abdullah bin Umar bin Khattab r.a dia berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Islam dibangun diatas lima perkara; Bersaksi bahawa tiada Allah yang berhak disembah selain Allah dan bahawa Nabi Muhammad s.a.w utusan Allah, menegakkan solat, menunaikan zakat, melaksanakan haji dan puasa Ramadhan. (Riwayat Tirmizi dan Muslim)"

Tak terasa, lebih kurang beberapa hari saja lagi, kita akan kembali berjumpa dengan bulan Ramadhan yang mulia.

Alih-alih mendapatkan manfaat Ramadhan yang salah satunya untuk menyihatkan fizikal kita, justeru Ramadhan malah semakin meningkatkan kadar lemak di tubuh kita(erk..) Untuk itu, agar ibadah di bulan Ramadhan kita bermanfaat, paling tidak ada beberapa hal yang perlu kita persiapkan.

Ini yang dapat saya concludekan:

Yang pertama adalah persiapan Iman. Bulan Ramadhan sudah semestinya bulan untuk beramal, dan Iman adalah ibarat energy yang menggerakkan ibadah kita di bulan Ramadhan. Contohnya kalau dalam sesuatu pertandingan, semestinya para atlet latihan olahraganya berlatih bersungguh-sungguh berhari-hari sebelum hari sebenar, begitu pula dengan ibadah Ramadhan. Janganlah ”latihan bertempurnya” dimulakan di saat bulan Ramadhan. Sudah pasti kita akan kalah kan?

Yang kedua adalah persiapan fizikal. Sebelum puasa yang betul iaitu di bulan ramadhan, kita berlatih puasa dahulu. Rasulullah SAW membiasakan diri beliau unuk banyak berpuasa sebelum bulan Ramadhan. Sehingga ketika memasuki Ramadhan, puasanya menjadi puasa yang terbaik.

Yang ketiga adalah persiapan ilmu. Nak bermain bola sepak, tapi tak tahu peraturannya? Bukan goalkeeper tapi para pemainnya menangkap bola dengan tangan. Sudah pasti pengadil akan membunyikan wisel kan? Pun, puasa demikianlah halnya. Jangan-jangan kita puasanya tak benar. Justeru, apa yang kita boleh lakukan ialah dengan menghadiri pengajian yang membahas tentang fiqh puasa, amalan-amalan di bulan Ramadhan dan lain sebagainya. Sehingga puasa dan amal kita menjadi amalan yang baik dan benar.

Yang terakhir adalah persiapan wang ringgit. Kenapa dengan wang? Apakah kita akan banyak mempersiapkannya untuk membeli juadah berbuka puasa? Tentu tidak, Ramadhan adalah saat yang tepat untuk bersedekah. Allah SWT telah berjanji untuk melipatgandakan seluruh Infaq dan sedekah kita di bulan Ramadhan ini. Dan jangan lupa untuk membayar zakat fitrah kita nanti. Agar puasa kita tidak ”digantung”.

Rasanya belum terlambat untuk kita mempersiapkan kembali bekal kita untuk Ramadhan kita kali ini. Siapa tahu ini akan menjadi Ramadhan terakhir kita.

Friday, 29 August 2008

bruises.

there's so many things i want to say.. but i don't think you would listen.. and i don't see the point of writing it here.. when you'll never read it..

Sunday, 24 August 2008

sudah

sudah,
aku letih.
sudah,
aku jerih.
sudah,
aku lelah.

'hey kau yang di sana'
aku cinta kamu!.
jerit sang hati.

Tuesday, 19 August 2008

hati itu.

hati itu
yang pernah memiliki hati kamu
hati itu
yang pernah merasai cinta kamu
hati itu
yang pernah merindui kamu
hati itu
yang selalu ingin kau tersenyum seindah pelangi cinta kita
hati itu
yang begitu cinta pada kau sehabis jiwa
hati itu
yang terlalu ingin menggenggam jemari kau setiap masa
tapi hati itu
yang kau buangkan sebagai sisa
hati itu
tak tercapai lagi menyentuh cinta kamu
hati itu
yang meratib sedih kala kau sudah tiada
hati itu
yang tercalar mati melihat kau pergi
pergi..


sayangku..
hati itu,
hati aku.

Monday, 18 August 2008

TAGkalikedua

1) Senaraikan 5 hadiah/benda yang anda inginkan.
for the time being ni apa yang saya ingin and perlu:
- hadith40
- Tautan Hati by Fatimah Syarha Mohd Noordin
- Harriet Evans' Going Home
- earphone..huhu
- an 'angel':)

2) Alasan terhadap perkara tersebut.

- menambah ilmu.
- sangat-sangat nak novel nih. this is because it presents the methods to approach and some tribulations in Dakwah.tolong poskan padaku..:(
- sebab nak baca jer.huuu
- sebab earphone lama terpatah akibat amira tidur atas earphone tersebut.sekian
- membawa saya ke jalan yg lurus.

3) Impresi terhadap orang yang diminati.

-kemas.
-penyabar.
-ego.
-sejuk mata memandang.

4) Perkara yang di benci.

- orang yang kentut dengan yakin depan orang lain.
- tiada keyakinan diri to say 'No'
- when ppl ask me questions which they already know the answers.aduhh
- basically takde benda yang saya benci sangat sebab kadang-kadang saya pun ada buat jugak benda2 tuh except for the kentut okays..huhuhu

5) Kali pertama duduk berjauhan dengan keluarga.

time KMPP pastu pindah masuk IPBA.

6) Tempat yang ingin kamu lawati

-Mesir dan tempat2 lain yang menarik.

7) Perkataan yang selalu kamu sebut

-oooo(time mls nak layan)
-yeke?(buat2 tekejut)
-siott(tanda geram)


8) Kalau ade duit yang banyak.

buat rumah.kahwin kat pulau(hahaha).pergi Mekah.belajar ilmu agama.Yang penting manfaatkan duit ke jalan yang betul.

9) Kalo kamu tidak belajar/bekerja dalam bidang sekarang..mungkin kamu..

jadi pelakon.(i'm serious okay)

10) Lagu yang kamu selalu dengar tanpa rasa muak.

permata yang dicari-dehearty

11) Rakanrakan bloggers yg kamu ingin tag.
Natrah ,Nad,and Azalia


jzkk.

tanya sama hati

Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa takwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang,
yang berjuang di jalan Allah.

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan,
dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya,
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam ,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan ,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana penat membaca,
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya subuh penuh kercergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh
kematangan.

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Lelaki idaman saya adalah lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga,
Di situlah rumah idamannya,
Dan dia ingin membawa saya bersama,
Dialah lelaki idaman saya.

p/s: adakah dia untukku?
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Daku
Si tulang bengkok,
Yang Kau gubah dengan kekuatan perasaan,
Mengatasi panjangnya akal fikiran,
Sebagai fitrah dan anugerah ,
Hasil doa seorang lelaki.
Namun Ya Allah,
Biarkan kejadian ku memberi guna,
Bengkok yang ada manfaatnya

Friday, 15 August 2008

kawal marah.

"any action committed in anger is an action doomed to failure"







menyesal pun tak guna:(


thanks to Nad and Hana kerana tazkirah yang berkesan..heee




Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat
menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki
ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

Thursday, 14 August 2008

GUMBIRA!!!

[12:30] Romzi Ismail: waddup???
[12:30] mynameismira2002: huhu
[12:30] mynameismira2002: okey
[12:30] mynameismira2002: u?
[12:30] Romzi Ismail: [ Audible http://us.dl1.yimg.com/download.yahoo.com/dl/aud/in/base.in.tamil.rajni.swf ] naa orru daravon sonna.... nooru daravon sonna madree
[12:30] Romzi Ismail: i'm ok
[12:31] mynameismira2002: how's everyone?
[12:31] Romzi Ismail: u know makcik pregnant
[12:31] Romzi Ismail: ????
[12:31] mynameismira2002: hah????????????????????????????????????????????????????
[12:31] mynameismira2002: hahahahahahahahahahahahha
[12:31] mynameismira2002: bestnyaaaaaaaaa
[12:31] Romzi Ismail: march expecting
[12:31] mynameismira2002: brapa bulannn?
[12:32] Romzi Ismail: er er er er 2mth maybe
[12:32] mynameismira2002: er er er
[12:32] mynameismira2002: apa laa
[12:32] mynameismira2002: wah2
[12:32] mynameismira2002: best2..
[12:32] mynameismira2002: ada new cuzin..
[12:32] mynameismira2002: boy or girl?
[12:33] mynameismira2002: dh check kah?
[12:33] Romzi Ismail: mana tau la......
[12:33] mynameismira2002: heh
[12:33] Romzi Ismail: belum chk lagi
[12:33] mynameismira2002: cannot check meh?
[12:33] mynameismira2002: oooo
[12:33] mynameismira2002: ingt nak surprise
[12:33] mynameismira2002: hehe
[12:33] Romzi Ismail: bulum chk maaaaaa
[12:33] mynameismira2002: p la check lekas
[12:33] mynameismira2002: nak tau
[12:33] mynameismira2002: hahaha
[12:33] Romzi Ismail: baru 2 bulan mana boleh tau
[12:33] mynameismira2002: oo mcm tu kaa
[12:34] mynameismira2002: ingt once u know u'r pregnant dh bole check
[12:34] mynameismira2002: hahaha
[12:34] Romzi Ismail: ya la e2 macam
[12:34] Romzi Ismail: naive
[12:34] mynameismira2002: haihh
[12:34] mynameismira2002: congratss!!!
[12:34] mynameismira2002: wah kami nak sama dh adik bradik
[12:34] mynameismira2002: sama2 3 bradik
[12:35] Romzi Ismail: yer ler tu
[12:35] mynameismira2002: ya laa
[12:35] mynameismira2002: mamu keja ka?
[12:35] Romzi Ismail: sekarang tgh dok menjawab email
[12:36] Romzi Ismail: k la... catch u later
[12:36] mynameismira2002: ok..
[12:36] mynameismira2002: thanks for d info
[12:36] mynameismira2002: kirim slm semuaa
[12:36] Romzi Ismail: no pobem
[12:36] Romzi Ismail: [ Audible http://us.dl1.yimg.com/download.yahoo.com/dl/aud/us/base.us.goodbyes.split1.swf ] See ya. I gotta split.
[12:37] mynameismira2002: erks
[12:37] mynameismira2002: byee



athirahfaizmohdhaziqfaizno3tataunamapa..saya happY!!!

ok2..info baru!!MakcikMurni pun pregnant!haaihh
happy2..tak larat nak jerit dah.
dua2 makcik saya pregnant..nanti saya balik ada 2 cousins..wahhhhhh


asyran&amira with syahireen&syakireen.adikdepa nnt tatau nama apa..
wah saya sangat happy..
aduhhhhh mcm saya pulak yg expecting babies..erks
saya sayang makcik2 saya!!!

Wednesday, 13 August 2008

apa boleh buat.




I asked the wind to pass on this message,
and the wind told me she'll try...

I hope it reaches you, safe and sound,

but just in case it passes you by:

"I miss you when something really good happens, because you are the one I want to share it with.
I miss you when something is troubling me, because you are the one who understands me so well.
I miss you when I laugh and cry because i know that you are the one that makes my laughter grow and my tears disappear.
I miss you all the time"

Tuesday, 12 August 2008

rInDu+maRaH

hari ini mood saya tak baik!
saya banyak marah orang..lelaki terutamanya..
saya tak rasa saya ada marah perempuan pun hari ini..
lucky you!haha

ok saya hampir gila.
rasa nak mati akibat menahan rindu yang teramat sangat.
saya tak boleh tido.
saya mimpi dia.
saya bangun lepas tu saya nangis.
saya tengok jam.
saya baru tido setengah jam.

saya baca buku.
buku saya basah sebab airmata saya.
saya tolak tepi.
saya pegi baring.
tapi bantal saya pulak yang basah.

saya nak makan.
tapi perut saya tak boleh nak terima apa-apa.
jadi saya tak makan.
saya menangis.
rasanya itu saja yang saya tahu buat masa sekarang.
please jangan suruh saya berhenti.

saya rindu.RINDU.riNdu.RinDu.rInDU.tolong saya!!!

adakah saya dah berubah?
saya taknak jadi pemarah.
saya kena belajar mengawal kemarahan.
saya kena belajar bersabar.
kawan-kawan tolong saya boleh?
saya tak mampu buat sorang-sorang.


update:kalo kita ckp english dengan orang yang tak phm english,itu akan buat org tu salah fhm..so orang yg tak phm bahasa inggeris sila jgn mulakan conversation dengan english,if not u will end up cursing me!!haihh aku mmg marah!!Blah!

Monday, 11 August 2008

terima kasih cinta.

How much I'll miss you, you'll never know,
Or how much my heart will feel the sorrow,
I haven't said and probably never will.
Even though it makes me feel so ill,
I'll love you forever, I know.
I'll cherish the memories and so,
This is why I hope you happiness,
In your love and nothing but gladness.
Please don't ever forget about me,
I'd wait forever just to get to see,
The perfection of your handsome face,
As I think of the time and place,
When and where I said goodbye forever
which seems so impossible.



amira
7/8/2008
2.56am

Sunday, 10 August 2008

tag!

I've been tagged.
since when pun taktau sebab dah lama tak on9.
so yeah here i am.let's do this!!

kali pertama naik kapal terbang.
The first time would be masa 2005.masa tu aku di IPBA. and hujung tahun tu aku terlambat beli tiket bas nak balik raya.So, pakcik aku yang hensem and baik hati tu pun beli la kan tiket flight air asia kat aku.Time tu naik kat KLIA ok.masa tu takde lagi LCCT.Tapi alhamdulilah skit pun tak sesat dalam KLIA tu..Yela aku sorg2 naik KLIA ekspress ke sana tau.Tapi penat jugak la berjalan sebab KLIA tu besar..Masa dalam flight,hee aku jakun jugak.aku duduk tepi tingkap..tapi sikit pun aku tak pandang luar sebab aku gayat.heee


kali pertama ke oversea
Ini kali pertama saya ke oversea.to the United Kingdom to be exact.saya teruja sebab memang ini salah satu impian saya nak belajar ke luar negara.


kali pertama duduk berjauhan dengan keluarga
kali pertama masa masuk matrik Penang.tapi mak dengan Azalia selalu datang.tapi sebulan je kat situ then aku masuk IPBA.haa yang tu pulak aku selalu balik tiap-tiap bulan..so rindu tu kurang la..:)


ingin melancong ke?
Kalau tanya impian dari kecil,takde kot sebab dari kecil cuma nak pergi oversea jer..Tapi kalau sekarang ni nak pergi Morocco and Mesir.Saya rasa saya akan ke Mesir jugak walau macam mana pun.Tapi Morocco tak sure sebab saya kena buat visa.aduhh.Okay kenapa Morocco?sebab saya sangat suka culture kat situ.sangat2 suka.lagipun Morocco bukan terlalu busy and lebih kepada kampung2 sikit..so saya suka.lebih kurang macam di Granada,Spain la..Then Mesir,hmm ini tak tergambar kot dengan perkataan.Tapi saya nak tengok Sungai Nil.InsyaAllah.


favourite accessories

favourite sangat takde lah.semua yang saya ada saya suka.Tapi saya paling suka dengan jam tangan merah yg saya pakai sekarang.entah kenapa,walaupun jam tu dah buruk,saya rasa sayang nak beli jam yang baru.Ada satu jam saya beli di London(konon2 nak ganti la jam merah tu) tapi sampai sekarang belum terusik sampai jam tu pun dah habis bateri..merajuk agaknya:(

4 perkataan yang selalu disebut
- siott
- gosh
- erks
- adess
- dem
ada lima..hee yg last tu akan dihentikan..astagfirullah.

kalau ade duit *juta juta juta
if only i had duit juta juta juta which aku pun taktau la banyak mana, i would..subjunctive ni kan?
ok so aku akan pegi travel.pegi jer tempat mana2 aku nak pergi.Kalau aku rasa aku nak mandi pantai, aku just amik private jet aku pastu p Malaga mandi pantai ngan org2Spain yang handsome.Beli Disneyland untuk anak-anak aku pastu suruh diorang letak belakang rumah aku.Buat rumah besar and cantik sebab nanti ramai budak-budak nak datang sebab nak pergi Disneyland belakang rumah aku.ngee.Nak pergi cantikkan diri tiap2 bulan.muahahahaha.Menderma (jangan lupa diri..hee).Shopping (biasalah dah taktau nak buat ape.Nak bawak family aku pergi tunaikan haji tiap2 tahun..haa dah la..aku harap aku tak kaya sangat.Nanti aku taktau nak buat apa dengan duit tu.


siapakah yang akan di tag?
aku tag Tiku,Zati,Nad,..haa yang lain pun buatlah:)

semua itu kehendakNya.




Pertemuan…

di antara dua insan..

sering membuahkan kasih dan sayang..

ukhwah antara kita anugerah Yang Esa ..

menuju cinta yang abadi…




Pencarian…

erti kasih dan sayang..

pastinya ada jiwa yang terkorban..

kerana dilanda dilema di tengah persimpangan..




Percintaan..

itu fitrah manusia..

dipenuhi untuk mencari redha Ilahi..

jika cinta tak berpandu, turuti hawa dan nafsu..

musnahlah bunga hiasan diri.



Perpisahan…

sekadar menguji kita..

apakah kita tabah dengan ketentuanNya?

cintaku hanya pada Yang Satu.padaMu Ya Allah.

kita pasti kan bertemu..

kerana pertemuan dan perpisahan itu milik-Nya sentiasa.

biar terpisah jika itu kehendak-Mu..

mendidik nafsuku menundukkan mazmumah..


Aku belajar..
janganlah ada walau secebis rasa perasaan ingin memiliki..
kerana itu hanyalah sifat-Mu..
yang kelak akan menjauhkan diriku dari sifat kehambaan..
pertemuan dan perpisahan bukannya milik kita..
bertemu dan berpisah hanya kerana-Nya.



p/s:kena tagged!nanti saya buat yer??:)

Tuesday, 5 August 2008

Kawan.

Kawanku...
bila rasa ingin menangis,
hubungilah aku,
bukan aku nak suruh kau berhenti menangis,
tapi mungkin aku boleh menangis dengan kau
tapi tak leh la ramai sangat,
nanti habih air mata aku.


Kawanku...
jika terasa tiba2 nak melarikan diri
jauh dari masalah,
hubungilah aku,
aku takkan suruh kau berhenti,
mungkin aku akan berlari bersama kau,
agar masalah kau boleh selesai,
cuma jangan lari terlalu laju,
aku tak larat nak kejar,
kaki aku pendek.



Kawanku..
jika kau kecewa keluargamu tak bahagia,
beritahulah aku,
aku takkan buat kau benci kepada ibu bapa kau,
tapi…
terimalah segala ketentuan Allah...
semua manusia tak sempurna.



Kawanku,
jika kau kecewa dengan hubungan kawan kau tu satu hari nanti,
ceritalah pada aku,
aku takkan sebut nama perempuan/lelaki itu...
aku takkan buat kau benci dia juga,
tetapi…
cubalah jadi lelaki/wanita yang lebih soleh/solehah...



Tetapi kawanku,
jika suatu hari aku berdiam diri,
aku tidak balas message kau,
aku tidak angkat panggilan dari kau,
hubungilah aku segera,
sebab waktu itu aku,
ermmm...
aku perlukan kau,
atau aku sudah tiada lagi di dunia ini...


Bila berjauhan dengan keluarga macam ni,kawan2 menjadi penghibur hati. Bila berjumpa rasa macam satu keluarga.Kalau dulu,tiada tegur sapa,tapi sekarang boleh bergelak ketawa bersama.Syukur.

Monday, 4 August 2008

5 syarat nak buat maksiat.

huh nak buat maksiat pun kena ada syarat ke?
of course.takkan main belasah jer.mesti ada tata tertib.

Are you ready?

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.” Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat.” Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekiNya.” Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? “Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?”

“Yang kedua,” kata Ibrahim, “kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!” Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?”

“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!” Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?” “Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya,Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh’.” Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”

“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”

“Baiklah, apa syarat yang kelima?” Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.” Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak.


“Ya Tuhanku, hatiku ini telah tertutupi hijab, jiwaku ini telah dipenuhi aib, akalku ini telah dikalahkan, hawa nafsuku ini telah mengalahkan, ketaatanku sangat sedikit, maksiatku sangat banyak, lidahku mengakui dosa-dosanya, maka apakah kesudahannya, wahai Yang Maha Penutup segala aib, wahai Yang Maha Tahu segala yang ghaib, ampunilah segala dosa-dosaku.
Ya Allah Ya Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari segala amal perbuatan yang mengecewakanku, aku berlindung kepada-Mu dari teman yang menggangguku, aku berlindung kepada-Mu dari angan-angan yang melalaikanku, aku berlindung kepada-Mu dari kemelaratan yang melupakan diriku, dan aku berlindung kepada-Mu dari kekayaan yang menyebabkanku melampaui batas.”